Saturday, March 12, 2011

Tentang Hikayat Merong Mahawangsa



Sana sini orang bercerita pasal filem ini sama di blog, facebook mahu pun di kedai makan atau pun kelas. Memang filem ini memberikan impak yang agak besar kepada rakyat Malaysia selain kejadian tsunami yang melanda Jepun pada minggu ini. Aku juga tidak terkecuali untuk membicarakan serba sedikit tentang filem ini sebelum ini kerana ia adalah salah satu filem yang berjaya menarik hati aku untuk menonton filem ini di pawagam.

Rata - rata ulasan dan komen yang diberi oleh para penonton adalah positif tetapi seperti biasa kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Banyak juga yang memberi kritikan negatif terhadap filem terbitan KRU ini. Ini adalah lumrah kerana akan ada orang yang suka dan tidak dengan hasil kerja kita. Apa - apapun, aku kadang - kadang  hairan bila ada yang cuba membandingkan filem ini dengan filem - filem hebat keluaran Hollywood.

Bagi aku memang tak ada salah pun apabila kita membandingkan filem HMM dengan filem luar kerana dari situ kita boleh memperbaiki kelemahan yang ada cuma janganlah terlalu mengharapkan kehebatan CGI yang ada di dalam filem - filem Hollywood itu juga ada pada filem Hikayat Merong Mahawangsa ini. Ini adalah filem epik pertama Malaysia yang dibuat untuk penonton - penonton disini(betulkan saya jika fakta ini salah) jadi memang akan wujud banyak kelemahan dan kekurangannya. Cuma sebagai filem epik pertama ia adalah suatu benda baru yang bagus dan menarik untuk ditonton dan dibangga.


**Penambahan Fakta : Filem Epik Pertama ialah Puteri Gunung Ledang. Jadi Filem Hikayat Merong Mahawangsa adalah filem kedua. Tetapi, bila dibuat perbandingan antara kedua - dua filem ini kita sudah dapat melihat banyak penambah baikan yang dibuat di dalam filem HMM.

Seperti filem animasi Malaysia dahulu di mana filem Silat Lagenda dan Putih juga gagal di pasaran tetapi kemudian muncul pula filem Geng : Pengembaraan Bermuladan Saladin yang melalui banyak revolusi positif dan berjaya menambat hati penonton Malaysia dan dunia di pawagam. Begitu juga dengan filem HMM nih.



Bagi aku tak salah pun untuk mengaku bahawa filem ini masih banyak kelemahan tetapi berbanggalah kerana Malaysia akhirnya sudah mula mengorak langkah di dalam menerbitkan filem - filem bergenre sebegini. Jadilah seperti rakyat Korea, Jepun dan Thailand yang berbangga dengan hasil anak watannya sendiri dan memberi sokongan padu kepada pembikin filem mereka. Hasilnya, daripada permulaan filem - filem mereka yang mungkin boleh dikategorikan sebagai 'filem stok ketawa' oleh masyarakat kita dan kemudian hasilnya berubah secara perlahan - lahan kepada 'filem rujukan' oleh masyarakat dunia.

P/S : Tak Salah Membuat Perbandingan Cuma Jangan Membiarkan
Aura Negatif Itu Berjangkit Pada Yang Lain.

credit : hanspunyablog

TSUNAMI DI JEPUN!


Sekadar perkongsian, terkejut juga bila baca berita ni kat myMetro..
Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Ombak dikatakan setinggi 10 meter dilaporkan melanda kawasan tertentu menyebabkan banyak kecederaan dan kemusnahan.

30 minit selepas tsunami, bangunan yang tinggi masih tak stabil dan rangkaian telefon kat sana semuanya tidak berfungsi. Subhanallah!
P/s: Inilah kebesaran kuasa Tuhan. Bagaimana canggih sesebuah negara tu, masih tidak mampu mengalahkan kebesarannya. Semoga negara kita Malaysia sentiasa dilindungi Allah. Amin.

Friday, March 4, 2011

Kenapa Perempuan Pakai Seksi

Dimana tempat di Malaysia ini yang tiada perempuan seksi.?
Sekarang ini boleh dikatakan dimana-mana sahaja ada perempuan yang berpakaiaan seksi. Jalan raya, shopping complex, kuliah, taman bunga, kedai buku, kedai gunting rambut, dan banyak lagi untuk disenaraikan..
Kalau di bandar, memang port yang sesuai untuk mencari perempuan seksi.
Hendak yang macam mana.? Pakai skirt.? Pakai tube.? Baju jarang nampak tali coli warna apa.? Baju londeh nampak lurah dada.? semua ada..
Pub dan disco.? ah, itu tidak termasuk pun tak pe..itu sudah dianggap berbogel..





Seksi adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap orang.
ada yang kata pakai baju kurung pun seksi..
ada yang kata pakai jeans adalah seksi.
dedah lengan seksi..
dedah lurah dada, lagi la..
dan pelbagai lagi takrifan seksi bagi setiap orang.

Oleh itu, untuk mengelakkan pelbagai takrifan yang berbeza,
suka untuk aku nyatakan takrifan yang aku lakukan untuk post ini.
takrifan mudah sahaja.
seksi berpakaian bagi perempuan adalah satu keadaan dimana perempuan memakai pakaian yang tertentu samada terdedah atau tidak tetapi menarik perhatian lelaki untuk terus melihat tubuh badan perempuan itu disebabkan nafsu syahwat lelaki. (mudah bukan takrifan aku.:)





Kalau hendak dirungkaikan keseluruhan pasal seksi ini agak sukar.
mungkin agak menyebabkan entri ini terlalu panjang.
kerana skop untuk seksi yang agak besar..
Oleh itu, untuk entri ini, kita tumpukan kepada satu perkara dahulu iaitu.
10 Sebab "Kenapa Perempuan Berpakaian Seksi"


Pandangan dan sebab yang disenaraikan adalah pandangan peribadi aku sendiri. Jika kaum wanita atau lelaki yang rasa terdapat kesalahan ataupun ada idea² lain dari apa yang aku senaraikan ini, bolehlah tegur di ruangan komen ye. Maklumlah, aku ni lelaki..:)
1. Ingin mendapat perhatian.
Adalah agak normal bagi sesetengah perempuan suka untuk mendapat perhatian contoh dalam kelas. Terdapat banyak cara untuk mendapat perhatian seperti gelak mengada², jalan berkumpulan kemudian buat bising, dan berpakaian seksi adalah salah satu daripadanya. Dan
semestinya orang yang hendak ditarik perhatian oleh mereka adalah lelaki.:)

2. Lebih berkeyakinan.
Bagi sesetengah perempuan, terutamanya yang berkerjaya. Tampil seksi juga boleh membuatkan mereka lebih yakin untuk melakukan kerja seperti kerja pejabat. Bagi yang belajar, sesi perbentangan adalah masa yang sesuai juga untuk tampil lebih seksi. Baru present pun orang dengar.:)

3. Ingin menggoda.
Ok, tinggalkan pasal isteri pakai seksi di rumah untuk menggoda suami. Itu boleh.:).
bagi perempuan yang biasa menggoda, terutamanya untuk mendapatkan sesuatu. dengan berpakaian seksi, godaan yang dilakukan akan lebih berkesan. Mangsa.? lelaki..:)



4. Ikut Perkembangan Fesyen (sosial)
Tidak dinafikan, fesyen semakin hari semakin umph.. Dan perempuan yang mengikuti perkembangan fesyen inilah akhirnya tanpa sedar mereka juga berpakaian seksi.
ah, aku tipu mereka tidak sedar. semua sedar..





5. Bersaing dengan yang lain.
Ada sesetengah perempuan, mereka bersaing. kononnya tidak ketinggalan zaman la.. Ini boleh kata sebab fesyen juga. Contoh lain bagi yang bersaing adalah. Dua perempuan suka pada seorang lelaki. Selain mendekati dengan sapaan dan gelak tawa, berpakaian seksi juga dapat meninggikan peluang untuk memiliki lelaki itu.:)

6.Mangsa fesyen
Mangsa fesyen biasanya melibatkan mereka yang tidak mahu kalah dalam berpakaian. Apa sahaja fesyen baru yang keluar, mesti cuba. Buku² berkaitan fesyen, bersepah dirumah.Kadang tu mereka rasa mereka cantik berpakaian seperti itu, hakikatnya dan macam apa ntah seperti orang bawah ni.:)





7.Terpaksa
Ada juga keadaan, dimana perempuan terpaksa memakai seksi. Contoh, dalam penggambaran filem, ada juga yang terpaksa mengikut arahan pengarah untuk berpakaian walaupun mereka tidak mahu. Selain itu, ada juga suami yang sengaja menyuruh isternya berpakaian seksi. Kononnya hendak menunjuk pada orang lain yang dia ada isteri yang cantik dan seksi.
(gambar bawah ni terpaksa ke.?)





8.Tersalah pilih
Tersalah pilih biasanya jika perempuan membeli pakaian tetapi tidak mencuba dahulu. Keadaan boleh berlaku samada baju yang dibeli nipis, ataupun sendat. Kalau dah beli dan rasa membazir pula kalau tidak pakai, so pakailah baju itu..
Kalau memang dah terang baju jarang atau singkat, itu bukan tergolong dalam salah beli ye.:)

9.Selesa berpakaian seksi
Betul bukan.? Memang ada perempuan yang suka berpakaian seksi. perasaan tu datang dari hati kot. Kalau ditanya kenapa pakai seksi.? Supaya kelihatan lebih anggun. Kalau tak pun, jawapan lain ialah 'ala, sejuk sikit angain senang masuk.'





10.Jahil Agama
Semestinya ini adalah dasarnya. SEMUA sebab di atas, dan SEMUA perempuan yang berpakaian seksi pada asasnya mereka adalah jahil agama. Jahil ini bukan sahaja merujuk kepada mereka tidak tahu hukum hakam agama, tetapi jahil juga merujuk kepada mereka yang tahu tetapi buat² tak tahu..

----------------------------------

Sekali lagi, suka diingatkan bahawa apa yang dinyatakan adalah berdasarkan pendapat dan perspektif aku sahaja.
dan aku tidak berpakaian seksi seperti perempuan untuk menulis entri ini..:)





credit to : Sharing is Caring

LOVEBITE MEMBAWA PADAH!



LOVEBITE (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (lovebite yang terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa. Tapi kalau dah lebam tu kat tengkuk tu faham faham je lah.

Secara umumnya, hickeys/lovebite boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara ni berkesan hanya untuk lovebite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari 10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar baju tshirt.

Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

kredit : KULAT76

Thursday, March 3, 2011

Menambah Pendapatan Sampingan Menggunakan Churp Churp


Hi. korang tahu x selain dari korang join Nuffang.. Churp Churp ni jugak boley wat duet.. nk tambah pendapatan guna Churp Churp??.. Cuma daftar masok ja FREE!!!

Bila korang dah daftar. korang boley tgk link yg Churp Churp ni kasi.. korang just promote ja...
InsyaAllah.. ada INCOME MASSYUUKKKK menanti korang...

Xcaya... try la. ^_^

Korang boley klik link kt bawah ni...... Cuba tau...
How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

korang nk menang peraduan MILO.. mungkin korang berpeluang menang RM40,000 ^_^

Cara-cara Blogwalking Lebih Mudah


kepada semua blogger.. kemungkinan ada blogger yg dah tahu tentang ini.
Tetapi kepada yg belum tahu.. saya ingin memberitahu sekiranya blogger2 nk naikkan trafik ke blog korang.. korang try wat mende ni.. InsyaAllah trafik ke blog korang akan meningkat..

klik cni Blogwalking dengan mudah

p/s ni sebagai tips je ^_^

Wednesday, March 2, 2011

Oh! Media FM Kini Beraksi



Haa.. latest news.. takdela latest sangat.. padahal dari semalam lagi dah start.. lambat pula nak update.. Hehe.. 

Sebenarnya salah satu website favourite aku akhirnya kini dah melancarkan 1 lagi projek underground yang pasti menarik minat para pengunjung website tersebut.. ya.. aku sendiri pun suka.. Korang tahu tak apa tu Oh!Media Network? tak tahu? adeh.. rugi-rugi.. nak tahu layan entri lama aku nie ye..

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network


Ok berbalik kepada tajuk asal ya.. sebenarnya projek yang aku maksudkan tu adalah sebuah stesen radio online.. ya.. online ok! bukannya radio yang korang duduk dengar dalam kereta tu.. Hehe.. mereka still lagi dalam proses percubaan.. tapi tadi aku layan jap boleh tahan la juga.. menarik.. suka amat.. terutama bila korang dah add facebook pages Oh!Media FM tu korang boleh request lagu atau bagi ucapan ke apa dengan melalui komen je dekat situ.. menarik bukan?

Kalau nak join sekaki dengar sama-sama radio online Oh!Media FM tu boleh la pergi dekat link bawah nie ya..

(website nak dengar radio nie)

(jangan lupa add fanpage mereka..)

So apa lagi? layan! jangan tak layan ya! Hehe.. chaiyok Oh! Media Network.. moga bertambah lagi projek-projek yang mantap macam nie.. Hehe.. suka-suka!

Thats all..

Cerita Highway Karak



Hello dan hai kepada semua readers dan bloggers..Korang pernah dengar tak tentangHighway Karak?Mestila pernah dengar kan?Tapi belum tentu korang tau tentang cerita-cerita yang melibatkan highway tu kan?Kisah yang heboh diperkatakan lama dulu tentangmakhluk misteri yang makan orang,dancerita tentang sepasang suami isteri,dimana kereta dorang rosak kat tepi highway tu.Si suami berusaha nak dapatkan bantuan,last-last dimakan oleh hantu yang berada di atas bumbung kereta mereka.Pernah tak korang dengar??Takpe-takpe,bagi korang yang tak pernah dengar tentang cerita-cerita ni semua,jangan risau..



KRU Studiostelah menerbitkan filem seram dorang yang pertama mengisahkanKarak Highwayni,melihat daripada trailer ni,dipercayai kisah yang dipaparkan ada serba sedikit mengenai kisah lagendavolkswagen kuning,mahkluk misteri makan orang,pontianak,penanggaldan bermacam-macam jenis hantu lain…Hehehehe..

Sedikit info mengenai filem ini diFacebook:
Based on urban legends and other chilling sightings along the Karak highway, ‘KARAK’ is KRU Studios’ maiden foray into the realm of horror films and is helmed by acclaimed director, Yusry Abdul Halim.
Four college students are heading back to Kuantan after a night out in KL, when they are caught-up in a massive jam along the Karak Highway.
So as to make it back for their classes the next morning, they decide to exit the highway and continue their journey along the old trunk-road…. not knowing that this decision will change their lives forever…
Dibintangi olehShahir AF8,Sheera Aiyob,Along Ezendy,Kilafairy,Sidek Hussindan ramai lagi pelakon lain.Nantikan filem seram arahanYusry Abdul Halimnie kat panggung korang..
p/s via http://www.hafizstory.com/2011/03/highway-karak/

Tuesday, March 1, 2011

Cinta tak semestinya di miliki



Pada satu hari ada seorg lelaki bernama roy..roy merupakan seorg lelaki yang sgt sayangkan bekas kekasihnye sehingga dia tidak putus-putus untuk mencuba untuk mendapatkan bekas kekasih dia semula.pada satu malam yang dingin tanpa roy sedari dia telah pun tertido dia ruang tamu rumahnye.semasa roy tertido dia telah mendapat mimpi yang cukup aneh kerana didalam mimpinye dia berada dia sebuah kawasan yang sungguh indah dan nyaman. Roy tanpa sengaja telah terpandang seorg lelaki tua yang sedang duduk diatas batu ketika itu.roy cuba mendekati lelaki tersebut, sesampai nye roy di lelaki tua itu tanpa roy berkata apa-apa lelaki tua itu terus member salam kepada roy

Lelaki tua: assalamualikum roy
Roy: walaikumsalam bagai mana pakcik tahu nama saya???
Lelaki tua: tak perlu kamu tahu dari mana saya tahu nama kamu.roy adakah kamu sgt mencintai bekas kekasih mu dahulu??
Roy: ye saya sgt mencintai dia.
Lelaki tua: roy sekiranya kita mencintai seseorg itu tidak semestinye kita kene memilikinye. Kalau benar kamu cintakan dia baik kamu lepaskan dia dan jangan la kamu bekejar-bekejar untuk mendapatkan dia kerana cinta tidak boleh dipaksa.
Roy: saya faham tetapi saya sgt mencintai dia pakcik.
Lelaki tua: jika kamu ingin melihat dia bahagia lepaskan lah dia kerana kita tidak tahu mungkin selepas ini dia berjumpa dgn lelaki yang mampu memberikan dia kebahagian.
Roy: baik lah saya akan melepaskan dia dan saya tak akan memaksanya lagi.
Lelaki tua: roy jangan la kamu bersedih. Sekiranya benar dia pasangan hidup mu sejauh mana kamu melangkah dia tetap akan bersama dgn kamu.
Selepas mendengar kata-kata terakhir lelaki tua itu roy terus terjaga dari tidonye. Selepas kejadiaan itu roy tidak lagi cuba untuk mendapatkan kekasihnye dulu tetapi dia terus berkawan dgn bekas kekasihnye.

Pengajaran: sekiranya kita benar-benar cintakan sesorg yang bukan lagi milik kita. Kita hendak lah melepaskannye dan biar lah dia cuba mencari hidup barunye kita tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. mungkin dia akan berjumpa dgn wanita atau lelaki yang lebih sempurna dari kita dan mampu membuatkan dia tersenyum semula????

Monday, February 28, 2011

Hindraf Mengamuk



Laporan dari portal Agenda Daily menyebut dan memuji ketangkasan pihak polis dalam mengawal keadaan dan berjaya mematahkan cubaan mengadakan Perhimpunan Hindraf tanpa permit itu yang dikatakan berlangsung jam 9 pagi. Sungguhpun amaran telah dikeluarkan, Hindraf tetap bertegas untuk menganjurkan perhimpunan tersebut dan apa yang lebih memalukan, hanya kurang dari 110 orang yang hadir dan telah diambil tindakan dari pihak polis.




Akhirnya seramai 109 diberkas termasuk ketua mereka P Uthayakumar paling awal sekitar jam 8 pagi sewaktu beliau hendak keluar dari rumahnya di Pantai Hill Park. Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak yang ditanya wartawan mengenainya sewaktu lawatan sehari ke Kerdau di Pahang menyifatkan puak Hindraf cuba cetuskan publisiti buruk dikacata mata antarabangsa terhadap Malaysia menerusi tindak tanduk ini.

Puak Hindraf cuba jadikan isu buku Interlok untuk cetuskan kebencian mendakwa UMNO rasis. Beberapa orang pengunjung KLCC ketika ditemuisemasa melihat polis mengawal ketat sekitar kawasan itu dan jalan-jalan menuju ke pusat tumpuan ramai itu naik berang dengan gelagat puak Hindraf. Ada yang berkata kalau kerajaan Malaysia rasis bagaimana usahawan keturunan India seperti Ananda Krishnan dan sebilangan lain boleh jadi kaya raya.

“ Jangan isu jadikan buku Interlok untuk cakap ikut suka hati.Kita pun tahu nawaitu mereka sengaja nak buat kecoh guna isu-isu kecil.Ingat semua orang bodoh ke nak terpengaruh dengan mereka,” kata Ahmad Dali yang sedang bawa anak-anaknya makan angin di KLCC.


Polis telah mengadakan operasi mengawal kemasukan puak Hindraf sejak awal pagi lagi.Beberapa sekatan jalan dibuat. Selain itu polis telah membuat pemeriksaan keatas mereka yang disyaki puak Hindraf yang hendak menyertai perhimpunan haram. Keadaan sekitar KLCC berjaya diamankan sekitar jam 11 pagi.

Selepas itu ada yang nak tunjuk aksi berarak ke ibupejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Pudu untuk menuntut agar rakan-rakan mereka ditahan polis dibebaskan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu satu siding akhbar kemudiannya seramai 109 orang, termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf dan Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan polis kerana berdemonstrasi secara haram.

Menurut beliau mereka yang ditahan termasuk lapan wanita, serta dua pemberita media alternatif yang ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis. Mereka yang berumur antara 18 dan 66 tahun ditahan dalam tempoh 24 jam ini mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana menyertai demonstrasi haram, dan ada di antara mereka yang ditahan mengikut 45 (1) Akta Pertubuhan 1966 memandangkan polis menolak permohonannya untuk mengadakan demonstrasi.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu sejak 8 pagi tadi, dan polis juga turut merampas baju yang berbaur provokasi serta jika perlu polis akan melanjutkan tempoh tahanan reman mereka. Zulkifli turut merakamkan penghargaan polis kepada 13 persatuan bukan kerajaan kaum India yang membantu memujuk masyarakat India supaya tidak menyertai demonstrasi haram itu yang antara lain mendesak kerajaan membatalkan buku Interlok daripada dijadikan buku teks serta mahukan pemimpin Hindraf yang ditahan dibebaskan.

Di Kerdau Perdana Menteri menganggap tindakan Hindraf itu semata-mata untukmemburukkan Malaysia melalui media antarabangsa. Beliau berkata, kumpulan itu amat berharap polis menggunakan kekerasan terhadap mereka supaya kerajaan Malaysia dilihat sebagai sebuah kerajaan yang zalim dan rejim autokratif.

Najib berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi di KLCC jelas menunjukkan mereka hanyalah menimbulkan satu gambaran yang buruk kepada negara ini melalui media antarabangsa. Kumpulan itu sebenarnya boleh menyerahkan apa jua memorandum kepada beliau atau pemimpin-pemimpin lain di Putrajaya.

"Mengapa perlu buat demonstrasi dan kenapa buat demonstrasi di KLCC pulak,"

Sunday, February 27, 2011

Cek saman / Pertanyaan Saman Jalan Raya


Alamak... aku ada byk saman... tetiba terpikir lak nk cek saman...
sekali cek... amek ko...3 saman aku kena..

korang da cek saman korang.. mana tau korang ada saman yg korang x
sengaja langgar lampu merah ka..

klik sini klu nk cek saman :  JPJ/Polis Trafik/Jalan Raya

Saturday, February 26, 2011

Nak Lajukan Download Anda


haa... ni tips tok korang lajukn download korang... mudah ja... x susah pon... apa yang korang perlu buat ialah.. ikot langkah ini... memang terbaek.... :p


okay yg pertama sekali


okay lepas korang wat mcm tu status download korang akan jd mcm ni


haa.... so.. dah laju dah kan.... 


hehehe... korang try wat kt pc or laptop korang.. ^_^


p/s hanya gurauan shaja... :p

Cara-cara nk connect bila YM kena block

korang xley nk on yahoo messenger (YM).. Internet tempat kampus/kolej korang kene block?? mungkin ini jalan penyelesaian.. mudah ja...


Pertama sekali korang bukak YM korang




Lepas tu korang click kt cni "Messenger + Connection Preferences"


Okay then akan kluar mende ni.. korang click dekat "Connect Via a proxy server"




okay dah settle??? korang just tggl click Appy and Okay...
Try la... myb ia berat sket sbb connect dgn server proxy.. tp okay la dr xley nk on langsungkan??


p/s saya punye boley.. ^_^... kamu punye boley??

Cara-cara bersihkan Sampah dalam komputer

Korang suma tau x.. napa kadang-kadang bila kita bru ja format laptop, laptop jd slow balek.. hmm.. mungkin sbb korang online tp x sedar yg cache dah byk dah di ternak dlm komputer korang..mungkin korang kene try mende ni.. mende ni xda risk dan jangan risau xda kesan papa pon.. mende boley la sket ringankn beban yg ada dlm laptop/pc korang..


okay : 1st step
mula2 korang kena masok my computer and then click Local Disk (C:)


okay : 2nd steps lak
bila da click Local Disk (C:) tu korang akan nmpk mende kt ni... korang click windows


3rd step lak
bila korang da click windows tu... akan keluar mende ni... so.. part yg ni.. korang kene carik
folder prefetch.. pastu double clicks.. bila korang da double click kene wat permission lak.. korang okay ja... mcm ni..

step seterusnyer
akan kluar mcm ni.. korang press Ctrl + A tok select suma item tu.. then korang Delete... mcm gamba kt bawah ni..

next.....
korang pergi Start + All Programs + Accesories + System Tools + Disk CleanUp... click kt Disk CleanUp tu...

okay pastu
akan kluar mende... korang pangkah semua kotak tu sampai habes... lepas tu.. korang click okay... pastu okay lg...

okay pastu korang tggu la beberapa minit sampai dye abes clean suma... so mende ni korang ley wat 3 hari sekali.. so xda la laptop/pc korang tu berat sgt bila korang nk pakai nnt... try la...

  p/s selamat mencuba.. ^_^

Nak Tau mcm mana nk Tuka Logon Windows?? haa tgk nih ^_^

Dengan adanya software LogonStudio, proses menukar gambar logon dapat di lakukan tanpa memerlukan pengguna mengubah configuration di registry. Software ini boleh di download percuma di klik cni logon studio dan ianya menyokong kesemua sistem windows XP,Vista dan 7.
Ikuti langkah mudah di bawah ini untuk menukar gambar logon di komputer anda.
Langkah 1
Download LogonStudio
Langkah 2
Install logonstudio, pastikan anda memenuhi requirement software ini terlebih dahulu

  • Windows 7, Vista or XP
  • Minimum Screen resolution 1024x768
  • 10 MB ruang kosong
  • 512 MB RAM
Langkah 3
Buka program logon studio dan screenshot seperti di bawah akan terpapar

Pilih mana-mana gambar yang anda suka untuk di jadikan logon screen, di sini kita memilih gambar moraine lake sebagai logon screen. Klik apply.
Perhatian: Anda juga boleh meletakkan gambar anda sendiri dengan memilih menu "Load" yang terletak di sebelah kanan.
Hasilnya 

inilah hasilnyer di dalam windows logon anda.... cuba try ^_^
p/s saya dah try... anda bila lg?? huhu ^_^

Nak Tingkatkan Kelajuan Windows Seven Mai tgk nih ^_^

Windows 7 adalah sistem operasi yang terbaru dari microsoft dan sudah pasti sistem operasi windows 7 ini akan beroperasi lebih perlahan jika di bandingkan dengan windows XP. Ini kerana terdapat banyak feature baru di dalam windows 7 ini yang pastinya akan menggunakan resources memory dan processor yang lebih jika di bandingkan dengan sistem operasi sebelumnya.



Di sini kita akan membincangkan cara-cara untuk meningkatkan prestasi windows 7.

Tip 1: Uninstall font Yang Tidak Di Kehendaki

Font terutamanya true type font menggunakan sistem resources yang lebih, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah uninstall font yang tidak di kehendaki dan hanya install font yang biasa di gunakan sahaja.

Tip 2: Mengurangkan Tempoh Shut Down

Windows 7 mempunyai tempoh shutdown yang lebih pendek jika di bandingkan dengan windows XP dan windows Vista. Bagaimanapun terdapat cara untuk mengurangkan lagi tempoh shutdown windows 7.

Tip 3: Hentikan Service Windows Search

Jiika anda tahu di mana lokasi fail-fail anda dan terlampau jarang menggunakan tools "search" di dalam windows, saya mensarankan agar anda menghentikan service "Windows Search". Ini kerana service seperti ini sedikit sebanyak akan menganggu prestasi komputer anda.

Tip 4: Buang Start-Up Program Yang Tidak Di kehendaki

Buang "Startup" program yang tidak di kehendaki adalah salah satu cara yang baik untuk meningkatkan prestasi komputer anda. Start-up program ini biasanya akan menambahkan beban kepada komputer anda walaupun anda tidak menggunkan program ini. Pastikan anda tidak membuang start-up program antivirus.

Tip 5: Buang Windows Aero Feature

Windows aero memang cantik dan bergaya, tetapi dalam masa yang sama ia juga menggunakan banyak sistem resources.

okay.. cara ni sedikit sebanyak dpt membantu anda2 suma meningkatkan prestasi Laptop/Netbook/PC korang.. so try la...
     p/s saya dah try... anda bila lagi? ^_^ via nk tgk ja ^_^






Friday, February 25, 2011

Tingkatkan kelajuan broadband anda! ^_^


Hello dan hai kepada semua readers serta bloggers.Pertama sekali,tips ini saya ambil dari blog member saya iaitu Hafiz (http://www.hafizstory.com) dengan kebenarannya.Jadi,harini marilah saya kongsikan kepada korang tips untuk tingkatkan kelajuan broadband korang.
Adakah korang penggunaCelcom broadband,Maxis BroadbandatauDiGi broadband?Mungkin korang dah bosan dengan speed yang kadangkala slow kan?Saya dulu pun guna Celcom broadband,memang sangat bersabo la dengan speed broadband nie dulu kan?Haha..So apakata harini,korang cuba tips nie,mana tau korang dapat sinar baru dalam arena broadband nie:P



Buka start button
Search gpedit.msc macam yang kat gambar tu, dan bukak




Klik administrative templates
Then klik pulak network

Maka terpacullah gambar di bawah,
Klik QoS packet scheduler



Next, klik limit reversable bandwith

Enablekan setting yang tertera pada gambar
Tukar bandwidth limit kepada 0%



Klik apply,OK
restart PC/Laptop korang
check speed broadband korang..
Selamat mencuba!!
p/s : Cuba la yer,harap-harap menjadi la untuk korang:-)Gud luck!


Selak-selak