Monday, February 28, 2011

Hindraf Mengamuk



Laporan dari portal Agenda Daily menyebut dan memuji ketangkasan pihak polis dalam mengawal keadaan dan berjaya mematahkan cubaan mengadakan Perhimpunan Hindraf tanpa permit itu yang dikatakan berlangsung jam 9 pagi. Sungguhpun amaran telah dikeluarkan, Hindraf tetap bertegas untuk menganjurkan perhimpunan tersebut dan apa yang lebih memalukan, hanya kurang dari 110 orang yang hadir dan telah diambil tindakan dari pihak polis.




Akhirnya seramai 109 diberkas termasuk ketua mereka P Uthayakumar paling awal sekitar jam 8 pagi sewaktu beliau hendak keluar dari rumahnya di Pantai Hill Park. Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak yang ditanya wartawan mengenainya sewaktu lawatan sehari ke Kerdau di Pahang menyifatkan puak Hindraf cuba cetuskan publisiti buruk dikacata mata antarabangsa terhadap Malaysia menerusi tindak tanduk ini.

Puak Hindraf cuba jadikan isu buku Interlok untuk cetuskan kebencian mendakwa UMNO rasis. Beberapa orang pengunjung KLCC ketika ditemuisemasa melihat polis mengawal ketat sekitar kawasan itu dan jalan-jalan menuju ke pusat tumpuan ramai itu naik berang dengan gelagat puak Hindraf. Ada yang berkata kalau kerajaan Malaysia rasis bagaimana usahawan keturunan India seperti Ananda Krishnan dan sebilangan lain boleh jadi kaya raya.

“ Jangan isu jadikan buku Interlok untuk cakap ikut suka hati.Kita pun tahu nawaitu mereka sengaja nak buat kecoh guna isu-isu kecil.Ingat semua orang bodoh ke nak terpengaruh dengan mereka,” kata Ahmad Dali yang sedang bawa anak-anaknya makan angin di KLCC.


Polis telah mengadakan operasi mengawal kemasukan puak Hindraf sejak awal pagi lagi.Beberapa sekatan jalan dibuat. Selain itu polis telah membuat pemeriksaan keatas mereka yang disyaki puak Hindraf yang hendak menyertai perhimpunan haram. Keadaan sekitar KLCC berjaya diamankan sekitar jam 11 pagi.

Selepas itu ada yang nak tunjuk aksi berarak ke ibupejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Pudu untuk menuntut agar rakan-rakan mereka ditahan polis dibebaskan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu satu siding akhbar kemudiannya seramai 109 orang, termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf dan Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan polis kerana berdemonstrasi secara haram.

Menurut beliau mereka yang ditahan termasuk lapan wanita, serta dua pemberita media alternatif yang ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis. Mereka yang berumur antara 18 dan 66 tahun ditahan dalam tempoh 24 jam ini mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana menyertai demonstrasi haram, dan ada di antara mereka yang ditahan mengikut 45 (1) Akta Pertubuhan 1966 memandangkan polis menolak permohonannya untuk mengadakan demonstrasi.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu sejak 8 pagi tadi, dan polis juga turut merampas baju yang berbaur provokasi serta jika perlu polis akan melanjutkan tempoh tahanan reman mereka. Zulkifli turut merakamkan penghargaan polis kepada 13 persatuan bukan kerajaan kaum India yang membantu memujuk masyarakat India supaya tidak menyertai demonstrasi haram itu yang antara lain mendesak kerajaan membatalkan buku Interlok daripada dijadikan buku teks serta mahukan pemimpin Hindraf yang ditahan dibebaskan.

Di Kerdau Perdana Menteri menganggap tindakan Hindraf itu semata-mata untukmemburukkan Malaysia melalui media antarabangsa. Beliau berkata, kumpulan itu amat berharap polis menggunakan kekerasan terhadap mereka supaya kerajaan Malaysia dilihat sebagai sebuah kerajaan yang zalim dan rejim autokratif.

Najib berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi di KLCC jelas menunjukkan mereka hanyalah menimbulkan satu gambaran yang buruk kepada negara ini melalui media antarabangsa. Kumpulan itu sebenarnya boleh menyerahkan apa jua memorandum kepada beliau atau pemimpin-pemimpin lain di Putrajaya.

"Mengapa perlu buat demonstrasi dan kenapa buat demonstrasi di KLCC pulak,"

No comments:

Selak-selak