Saturday, March 12, 2011

Tentang Hikayat Merong Mahawangsa



Sana sini orang bercerita pasal filem ini sama di blog, facebook mahu pun di kedai makan atau pun kelas. Memang filem ini memberikan impak yang agak besar kepada rakyat Malaysia selain kejadian tsunami yang melanda Jepun pada minggu ini. Aku juga tidak terkecuali untuk membicarakan serba sedikit tentang filem ini sebelum ini kerana ia adalah salah satu filem yang berjaya menarik hati aku untuk menonton filem ini di pawagam.

Rata - rata ulasan dan komen yang diberi oleh para penonton adalah positif tetapi seperti biasa kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Banyak juga yang memberi kritikan negatif terhadap filem terbitan KRU ini. Ini adalah lumrah kerana akan ada orang yang suka dan tidak dengan hasil kerja kita. Apa - apapun, aku kadang - kadang  hairan bila ada yang cuba membandingkan filem ini dengan filem - filem hebat keluaran Hollywood.

Bagi aku memang tak ada salah pun apabila kita membandingkan filem HMM dengan filem luar kerana dari situ kita boleh memperbaiki kelemahan yang ada cuma janganlah terlalu mengharapkan kehebatan CGI yang ada di dalam filem - filem Hollywood itu juga ada pada filem Hikayat Merong Mahawangsa ini. Ini adalah filem epik pertama Malaysia yang dibuat untuk penonton - penonton disini(betulkan saya jika fakta ini salah) jadi memang akan wujud banyak kelemahan dan kekurangannya. Cuma sebagai filem epik pertama ia adalah suatu benda baru yang bagus dan menarik untuk ditonton dan dibangga.


**Penambahan Fakta : Filem Epik Pertama ialah Puteri Gunung Ledang. Jadi Filem Hikayat Merong Mahawangsa adalah filem kedua. Tetapi, bila dibuat perbandingan antara kedua - dua filem ini kita sudah dapat melihat banyak penambah baikan yang dibuat di dalam filem HMM.

Seperti filem animasi Malaysia dahulu di mana filem Silat Lagenda dan Putih juga gagal di pasaran tetapi kemudian muncul pula filem Geng : Pengembaraan Bermuladan Saladin yang melalui banyak revolusi positif dan berjaya menambat hati penonton Malaysia dan dunia di pawagam. Begitu juga dengan filem HMM nih.



Bagi aku tak salah pun untuk mengaku bahawa filem ini masih banyak kelemahan tetapi berbanggalah kerana Malaysia akhirnya sudah mula mengorak langkah di dalam menerbitkan filem - filem bergenre sebegini. Jadilah seperti rakyat Korea, Jepun dan Thailand yang berbangga dengan hasil anak watannya sendiri dan memberi sokongan padu kepada pembikin filem mereka. Hasilnya, daripada permulaan filem - filem mereka yang mungkin boleh dikategorikan sebagai 'filem stok ketawa' oleh masyarakat kita dan kemudian hasilnya berubah secara perlahan - lahan kepada 'filem rujukan' oleh masyarakat dunia.

P/S : Tak Salah Membuat Perbandingan Cuma Jangan Membiarkan
Aura Negatif Itu Berjangkit Pada Yang Lain.

credit : hanspunyablog

TSUNAMI DI JEPUN!


Sekadar perkongsian, terkejut juga bila baca berita ni kat myMetro..
Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Ombak dikatakan setinggi 10 meter dilaporkan melanda kawasan tertentu menyebabkan banyak kecederaan dan kemusnahan.

30 minit selepas tsunami, bangunan yang tinggi masih tak stabil dan rangkaian telefon kat sana semuanya tidak berfungsi. Subhanallah!
P/s: Inilah kebesaran kuasa Tuhan. Bagaimana canggih sesebuah negara tu, masih tidak mampu mengalahkan kebesarannya. Semoga negara kita Malaysia sentiasa dilindungi Allah. Amin.

Selak-selak