Saturday, March 12, 2011

Tentang Hikayat Merong Mahawangsa



Sana sini orang bercerita pasal filem ini sama di blog, facebook mahu pun di kedai makan atau pun kelas. Memang filem ini memberikan impak yang agak besar kepada rakyat Malaysia selain kejadian tsunami yang melanda Jepun pada minggu ini. Aku juga tidak terkecuali untuk membicarakan serba sedikit tentang filem ini sebelum ini kerana ia adalah salah satu filem yang berjaya menarik hati aku untuk menonton filem ini di pawagam.

Rata - rata ulasan dan komen yang diberi oleh para penonton adalah positif tetapi seperti biasa kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Banyak juga yang memberi kritikan negatif terhadap filem terbitan KRU ini. Ini adalah lumrah kerana akan ada orang yang suka dan tidak dengan hasil kerja kita. Apa - apapun, aku kadang - kadang  hairan bila ada yang cuba membandingkan filem ini dengan filem - filem hebat keluaran Hollywood.

Bagi aku memang tak ada salah pun apabila kita membandingkan filem HMM dengan filem luar kerana dari situ kita boleh memperbaiki kelemahan yang ada cuma janganlah terlalu mengharapkan kehebatan CGI yang ada di dalam filem - filem Hollywood itu juga ada pada filem Hikayat Merong Mahawangsa ini. Ini adalah filem epik pertama Malaysia yang dibuat untuk penonton - penonton disini(betulkan saya jika fakta ini salah) jadi memang akan wujud banyak kelemahan dan kekurangannya. Cuma sebagai filem epik pertama ia adalah suatu benda baru yang bagus dan menarik untuk ditonton dan dibangga.


**Penambahan Fakta : Filem Epik Pertama ialah Puteri Gunung Ledang. Jadi Filem Hikayat Merong Mahawangsa adalah filem kedua. Tetapi, bila dibuat perbandingan antara kedua - dua filem ini kita sudah dapat melihat banyak penambah baikan yang dibuat di dalam filem HMM.

Seperti filem animasi Malaysia dahulu di mana filem Silat Lagenda dan Putih juga gagal di pasaran tetapi kemudian muncul pula filem Geng : Pengembaraan Bermuladan Saladin yang melalui banyak revolusi positif dan berjaya menambat hati penonton Malaysia dan dunia di pawagam. Begitu juga dengan filem HMM nih.



Bagi aku tak salah pun untuk mengaku bahawa filem ini masih banyak kelemahan tetapi berbanggalah kerana Malaysia akhirnya sudah mula mengorak langkah di dalam menerbitkan filem - filem bergenre sebegini. Jadilah seperti rakyat Korea, Jepun dan Thailand yang berbangga dengan hasil anak watannya sendiri dan memberi sokongan padu kepada pembikin filem mereka. Hasilnya, daripada permulaan filem - filem mereka yang mungkin boleh dikategorikan sebagai 'filem stok ketawa' oleh masyarakat kita dan kemudian hasilnya berubah secara perlahan - lahan kepada 'filem rujukan' oleh masyarakat dunia.

P/S : Tak Salah Membuat Perbandingan Cuma Jangan Membiarkan
Aura Negatif Itu Berjangkit Pada Yang Lain.

credit : hanspunyablog

TSUNAMI DI JEPUN!


Sekadar perkongsian, terkejut juga bila baca berita ni kat myMetro..
Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Ombak dikatakan setinggi 10 meter dilaporkan melanda kawasan tertentu menyebabkan banyak kecederaan dan kemusnahan.

30 minit selepas tsunami, bangunan yang tinggi masih tak stabil dan rangkaian telefon kat sana semuanya tidak berfungsi. Subhanallah!
P/s: Inilah kebesaran kuasa Tuhan. Bagaimana canggih sesebuah negara tu, masih tidak mampu mengalahkan kebesarannya. Semoga negara kita Malaysia sentiasa dilindungi Allah. Amin.

Friday, March 4, 2011

Kenapa Perempuan Pakai Seksi

Dimana tempat di Malaysia ini yang tiada perempuan seksi.?
Sekarang ini boleh dikatakan dimana-mana sahaja ada perempuan yang berpakaiaan seksi. Jalan raya, shopping complex, kuliah, taman bunga, kedai buku, kedai gunting rambut, dan banyak lagi untuk disenaraikan..
Kalau di bandar, memang port yang sesuai untuk mencari perempuan seksi.
Hendak yang macam mana.? Pakai skirt.? Pakai tube.? Baju jarang nampak tali coli warna apa.? Baju londeh nampak lurah dada.? semua ada..
Pub dan disco.? ah, itu tidak termasuk pun tak pe..itu sudah dianggap berbogel..





Seksi adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap orang.
ada yang kata pakai baju kurung pun seksi..
ada yang kata pakai jeans adalah seksi.
dedah lengan seksi..
dedah lurah dada, lagi la..
dan pelbagai lagi takrifan seksi bagi setiap orang.

Oleh itu, untuk mengelakkan pelbagai takrifan yang berbeza,
suka untuk aku nyatakan takrifan yang aku lakukan untuk post ini.
takrifan mudah sahaja.
seksi berpakaian bagi perempuan adalah satu keadaan dimana perempuan memakai pakaian yang tertentu samada terdedah atau tidak tetapi menarik perhatian lelaki untuk terus melihat tubuh badan perempuan itu disebabkan nafsu syahwat lelaki. (mudah bukan takrifan aku.:)





Kalau hendak dirungkaikan keseluruhan pasal seksi ini agak sukar.
mungkin agak menyebabkan entri ini terlalu panjang.
kerana skop untuk seksi yang agak besar..
Oleh itu, untuk entri ini, kita tumpukan kepada satu perkara dahulu iaitu.
10 Sebab "Kenapa Perempuan Berpakaian Seksi"


Pandangan dan sebab yang disenaraikan adalah pandangan peribadi aku sendiri. Jika kaum wanita atau lelaki yang rasa terdapat kesalahan ataupun ada idea² lain dari apa yang aku senaraikan ini, bolehlah tegur di ruangan komen ye. Maklumlah, aku ni lelaki..:)
1. Ingin mendapat perhatian.
Adalah agak normal bagi sesetengah perempuan suka untuk mendapat perhatian contoh dalam kelas. Terdapat banyak cara untuk mendapat perhatian seperti gelak mengada², jalan berkumpulan kemudian buat bising, dan berpakaian seksi adalah salah satu daripadanya. Dan
semestinya orang yang hendak ditarik perhatian oleh mereka adalah lelaki.:)

2. Lebih berkeyakinan.
Bagi sesetengah perempuan, terutamanya yang berkerjaya. Tampil seksi juga boleh membuatkan mereka lebih yakin untuk melakukan kerja seperti kerja pejabat. Bagi yang belajar, sesi perbentangan adalah masa yang sesuai juga untuk tampil lebih seksi. Baru present pun orang dengar.:)

3. Ingin menggoda.
Ok, tinggalkan pasal isteri pakai seksi di rumah untuk menggoda suami. Itu boleh.:).
bagi perempuan yang biasa menggoda, terutamanya untuk mendapatkan sesuatu. dengan berpakaian seksi, godaan yang dilakukan akan lebih berkesan. Mangsa.? lelaki..:)



4. Ikut Perkembangan Fesyen (sosial)
Tidak dinafikan, fesyen semakin hari semakin umph.. Dan perempuan yang mengikuti perkembangan fesyen inilah akhirnya tanpa sedar mereka juga berpakaian seksi.
ah, aku tipu mereka tidak sedar. semua sedar..





5. Bersaing dengan yang lain.
Ada sesetengah perempuan, mereka bersaing. kononnya tidak ketinggalan zaman la.. Ini boleh kata sebab fesyen juga. Contoh lain bagi yang bersaing adalah. Dua perempuan suka pada seorang lelaki. Selain mendekati dengan sapaan dan gelak tawa, berpakaian seksi juga dapat meninggikan peluang untuk memiliki lelaki itu.:)

6.Mangsa fesyen
Mangsa fesyen biasanya melibatkan mereka yang tidak mahu kalah dalam berpakaian. Apa sahaja fesyen baru yang keluar, mesti cuba. Buku² berkaitan fesyen, bersepah dirumah.Kadang tu mereka rasa mereka cantik berpakaian seperti itu, hakikatnya dan macam apa ntah seperti orang bawah ni.:)





7.Terpaksa
Ada juga keadaan, dimana perempuan terpaksa memakai seksi. Contoh, dalam penggambaran filem, ada juga yang terpaksa mengikut arahan pengarah untuk berpakaian walaupun mereka tidak mahu. Selain itu, ada juga suami yang sengaja menyuruh isternya berpakaian seksi. Kononnya hendak menunjuk pada orang lain yang dia ada isteri yang cantik dan seksi.
(gambar bawah ni terpaksa ke.?)





8.Tersalah pilih
Tersalah pilih biasanya jika perempuan membeli pakaian tetapi tidak mencuba dahulu. Keadaan boleh berlaku samada baju yang dibeli nipis, ataupun sendat. Kalau dah beli dan rasa membazir pula kalau tidak pakai, so pakailah baju itu..
Kalau memang dah terang baju jarang atau singkat, itu bukan tergolong dalam salah beli ye.:)

9.Selesa berpakaian seksi
Betul bukan.? Memang ada perempuan yang suka berpakaian seksi. perasaan tu datang dari hati kot. Kalau ditanya kenapa pakai seksi.? Supaya kelihatan lebih anggun. Kalau tak pun, jawapan lain ialah 'ala, sejuk sikit angain senang masuk.'





10.Jahil Agama
Semestinya ini adalah dasarnya. SEMUA sebab di atas, dan SEMUA perempuan yang berpakaian seksi pada asasnya mereka adalah jahil agama. Jahil ini bukan sahaja merujuk kepada mereka tidak tahu hukum hakam agama, tetapi jahil juga merujuk kepada mereka yang tahu tetapi buat² tak tahu..

----------------------------------

Sekali lagi, suka diingatkan bahawa apa yang dinyatakan adalah berdasarkan pendapat dan perspektif aku sahaja.
dan aku tidak berpakaian seksi seperti perempuan untuk menulis entri ini..:)





credit to : Sharing is Caring

LOVEBITE MEMBAWA PADAH!



LOVEBITE (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (lovebite yang terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa. Tapi kalau dah lebam tu kat tengkuk tu faham faham je lah.

Secara umumnya, hickeys/lovebite boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara ni berkesan hanya untuk lovebite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari 10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar baju tshirt.

Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

kredit : KULAT76

Thursday, March 3, 2011

Menambah Pendapatan Sampingan Menggunakan Churp Churp


Hi. korang tahu x selain dari korang join Nuffang.. Churp Churp ni jugak boley wat duet.. nk tambah pendapatan guna Churp Churp??.. Cuma daftar masok ja FREE!!!

Bila korang dah daftar. korang boley tgk link yg Churp Churp ni kasi.. korang just promote ja...
InsyaAllah.. ada INCOME MASSYUUKKKK menanti korang...

Xcaya... try la. ^_^

Korang boley klik link kt bawah ni...... Cuba tau...
How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

korang nk menang peraduan MILO.. mungkin korang berpeluang menang RM40,000 ^_^

Cara-cara Blogwalking Lebih Mudah


kepada semua blogger.. kemungkinan ada blogger yg dah tahu tentang ini.
Tetapi kepada yg belum tahu.. saya ingin memberitahu sekiranya blogger2 nk naikkan trafik ke blog korang.. korang try wat mende ni.. InsyaAllah trafik ke blog korang akan meningkat..

klik cni Blogwalking dengan mudah

p/s ni sebagai tips je ^_^

Selak-selak