Thursday, March 3, 2011

Menambah Pendapatan Sampingan Menggunakan Churp Churp


Hi. korang tahu x selain dari korang join Nuffang.. Churp Churp ni jugak boley wat duet.. nk tambah pendapatan guna Churp Churp??.. Cuma daftar masok ja FREE!!!

Bila korang dah daftar. korang boley tgk link yg Churp Churp ni kasi.. korang just promote ja...
InsyaAllah.. ada INCOME MASSYUUKKKK menanti korang...

Xcaya... try la. ^_^

Korang boley klik link kt bawah ni...... Cuba tau...
How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

korang nk menang peraduan MILO.. mungkin korang berpeluang menang RM40,000 ^_^

Cara-cara Blogwalking Lebih Mudah


kepada semua blogger.. kemungkinan ada blogger yg dah tahu tentang ini.
Tetapi kepada yg belum tahu.. saya ingin memberitahu sekiranya blogger2 nk naikkan trafik ke blog korang.. korang try wat mende ni.. InsyaAllah trafik ke blog korang akan meningkat..

klik cni Blogwalking dengan mudah

p/s ni sebagai tips je ^_^

Wednesday, March 2, 2011

Oh! Media FM Kini Beraksi



Haa.. latest news.. takdela latest sangat.. padahal dari semalam lagi dah start.. lambat pula nak update.. Hehe.. 

Sebenarnya salah satu website favourite aku akhirnya kini dah melancarkan 1 lagi projek underground yang pasti menarik minat para pengunjung website tersebut.. ya.. aku sendiri pun suka.. Korang tahu tak apa tu Oh!Media Network? tak tahu? adeh.. rugi-rugi.. nak tahu layan entri lama aku nie ye..

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network


Ok berbalik kepada tajuk asal ya.. sebenarnya projek yang aku maksudkan tu adalah sebuah stesen radio online.. ya.. online ok! bukannya radio yang korang duduk dengar dalam kereta tu.. Hehe.. mereka still lagi dalam proses percubaan.. tapi tadi aku layan jap boleh tahan la juga.. menarik.. suka amat.. terutama bila korang dah add facebook pages Oh!Media FM tu korang boleh request lagu atau bagi ucapan ke apa dengan melalui komen je dekat situ.. menarik bukan?

Kalau nak join sekaki dengar sama-sama radio online Oh!Media FM tu boleh la pergi dekat link bawah nie ya..

(website nak dengar radio nie)

(jangan lupa add fanpage mereka..)

So apa lagi? layan! jangan tak layan ya! Hehe.. chaiyok Oh! Media Network.. moga bertambah lagi projek-projek yang mantap macam nie.. Hehe.. suka-suka!

Thats all..

Cerita Highway Karak



Hello dan hai kepada semua readers dan bloggers..Korang pernah dengar tak tentangHighway Karak?Mestila pernah dengar kan?Tapi belum tentu korang tau tentang cerita-cerita yang melibatkan highway tu kan?Kisah yang heboh diperkatakan lama dulu tentangmakhluk misteri yang makan orang,dancerita tentang sepasang suami isteri,dimana kereta dorang rosak kat tepi highway tu.Si suami berusaha nak dapatkan bantuan,last-last dimakan oleh hantu yang berada di atas bumbung kereta mereka.Pernah tak korang dengar??Takpe-takpe,bagi korang yang tak pernah dengar tentang cerita-cerita ni semua,jangan risau..



KRU Studiostelah menerbitkan filem seram dorang yang pertama mengisahkanKarak Highwayni,melihat daripada trailer ni,dipercayai kisah yang dipaparkan ada serba sedikit mengenai kisah lagendavolkswagen kuning,mahkluk misteri makan orang,pontianak,penanggaldan bermacam-macam jenis hantu lain…Hehehehe..

Sedikit info mengenai filem ini diFacebook:
Based on urban legends and other chilling sightings along the Karak highway, ‘KARAK’ is KRU Studios’ maiden foray into the realm of horror films and is helmed by acclaimed director, Yusry Abdul Halim.
Four college students are heading back to Kuantan after a night out in KL, when they are caught-up in a massive jam along the Karak Highway.
So as to make it back for their classes the next morning, they decide to exit the highway and continue their journey along the old trunk-road…. not knowing that this decision will change their lives forever…
Dibintangi olehShahir AF8,Sheera Aiyob,Along Ezendy,Kilafairy,Sidek Hussindan ramai lagi pelakon lain.Nantikan filem seram arahanYusry Abdul Halimnie kat panggung korang..
p/s via http://www.hafizstory.com/2011/03/highway-karak/

Tuesday, March 1, 2011

Cinta tak semestinya di miliki



Pada satu hari ada seorg lelaki bernama roy..roy merupakan seorg lelaki yang sgt sayangkan bekas kekasihnye sehingga dia tidak putus-putus untuk mencuba untuk mendapatkan bekas kekasih dia semula.pada satu malam yang dingin tanpa roy sedari dia telah pun tertido dia ruang tamu rumahnye.semasa roy tertido dia telah mendapat mimpi yang cukup aneh kerana didalam mimpinye dia berada dia sebuah kawasan yang sungguh indah dan nyaman. Roy tanpa sengaja telah terpandang seorg lelaki tua yang sedang duduk diatas batu ketika itu.roy cuba mendekati lelaki tersebut, sesampai nye roy di lelaki tua itu tanpa roy berkata apa-apa lelaki tua itu terus member salam kepada roy

Lelaki tua: assalamualikum roy
Roy: walaikumsalam bagai mana pakcik tahu nama saya???
Lelaki tua: tak perlu kamu tahu dari mana saya tahu nama kamu.roy adakah kamu sgt mencintai bekas kekasih mu dahulu??
Roy: ye saya sgt mencintai dia.
Lelaki tua: roy sekiranya kita mencintai seseorg itu tidak semestinye kita kene memilikinye. Kalau benar kamu cintakan dia baik kamu lepaskan dia dan jangan la kamu bekejar-bekejar untuk mendapatkan dia kerana cinta tidak boleh dipaksa.
Roy: saya faham tetapi saya sgt mencintai dia pakcik.
Lelaki tua: jika kamu ingin melihat dia bahagia lepaskan lah dia kerana kita tidak tahu mungkin selepas ini dia berjumpa dgn lelaki yang mampu memberikan dia kebahagian.
Roy: baik lah saya akan melepaskan dia dan saya tak akan memaksanya lagi.
Lelaki tua: roy jangan la kamu bersedih. Sekiranya benar dia pasangan hidup mu sejauh mana kamu melangkah dia tetap akan bersama dgn kamu.
Selepas mendengar kata-kata terakhir lelaki tua itu roy terus terjaga dari tidonye. Selepas kejadiaan itu roy tidak lagi cuba untuk mendapatkan kekasihnye dulu tetapi dia terus berkawan dgn bekas kekasihnye.

Pengajaran: sekiranya kita benar-benar cintakan sesorg yang bukan lagi milik kita. Kita hendak lah melepaskannye dan biar lah dia cuba mencari hidup barunye kita tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. mungkin dia akan berjumpa dgn wanita atau lelaki yang lebih sempurna dari kita dan mampu membuatkan dia tersenyum semula????

Monday, February 28, 2011

Hindraf Mengamuk



Laporan dari portal Agenda Daily menyebut dan memuji ketangkasan pihak polis dalam mengawal keadaan dan berjaya mematahkan cubaan mengadakan Perhimpunan Hindraf tanpa permit itu yang dikatakan berlangsung jam 9 pagi. Sungguhpun amaran telah dikeluarkan, Hindraf tetap bertegas untuk menganjurkan perhimpunan tersebut dan apa yang lebih memalukan, hanya kurang dari 110 orang yang hadir dan telah diambil tindakan dari pihak polis.




Akhirnya seramai 109 diberkas termasuk ketua mereka P Uthayakumar paling awal sekitar jam 8 pagi sewaktu beliau hendak keluar dari rumahnya di Pantai Hill Park. Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak yang ditanya wartawan mengenainya sewaktu lawatan sehari ke Kerdau di Pahang menyifatkan puak Hindraf cuba cetuskan publisiti buruk dikacata mata antarabangsa terhadap Malaysia menerusi tindak tanduk ini.

Puak Hindraf cuba jadikan isu buku Interlok untuk cetuskan kebencian mendakwa UMNO rasis. Beberapa orang pengunjung KLCC ketika ditemuisemasa melihat polis mengawal ketat sekitar kawasan itu dan jalan-jalan menuju ke pusat tumpuan ramai itu naik berang dengan gelagat puak Hindraf. Ada yang berkata kalau kerajaan Malaysia rasis bagaimana usahawan keturunan India seperti Ananda Krishnan dan sebilangan lain boleh jadi kaya raya.

“ Jangan isu jadikan buku Interlok untuk cakap ikut suka hati.Kita pun tahu nawaitu mereka sengaja nak buat kecoh guna isu-isu kecil.Ingat semua orang bodoh ke nak terpengaruh dengan mereka,” kata Ahmad Dali yang sedang bawa anak-anaknya makan angin di KLCC.


Polis telah mengadakan operasi mengawal kemasukan puak Hindraf sejak awal pagi lagi.Beberapa sekatan jalan dibuat. Selain itu polis telah membuat pemeriksaan keatas mereka yang disyaki puak Hindraf yang hendak menyertai perhimpunan haram. Keadaan sekitar KLCC berjaya diamankan sekitar jam 11 pagi.

Selepas itu ada yang nak tunjuk aksi berarak ke ibupejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Pudu untuk menuntut agar rakan-rakan mereka ditahan polis dibebaskan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu satu siding akhbar kemudiannya seramai 109 orang, termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf dan Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan polis kerana berdemonstrasi secara haram.

Menurut beliau mereka yang ditahan termasuk lapan wanita, serta dua pemberita media alternatif yang ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis. Mereka yang berumur antara 18 dan 66 tahun ditahan dalam tempoh 24 jam ini mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana menyertai demonstrasi haram, dan ada di antara mereka yang ditahan mengikut 45 (1) Akta Pertubuhan 1966 memandangkan polis menolak permohonannya untuk mengadakan demonstrasi.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu sejak 8 pagi tadi, dan polis juga turut merampas baju yang berbaur provokasi serta jika perlu polis akan melanjutkan tempoh tahanan reman mereka. Zulkifli turut merakamkan penghargaan polis kepada 13 persatuan bukan kerajaan kaum India yang membantu memujuk masyarakat India supaya tidak menyertai demonstrasi haram itu yang antara lain mendesak kerajaan membatalkan buku Interlok daripada dijadikan buku teks serta mahukan pemimpin Hindraf yang ditahan dibebaskan.

Di Kerdau Perdana Menteri menganggap tindakan Hindraf itu semata-mata untukmemburukkan Malaysia melalui media antarabangsa. Beliau berkata, kumpulan itu amat berharap polis menggunakan kekerasan terhadap mereka supaya kerajaan Malaysia dilihat sebagai sebuah kerajaan yang zalim dan rejim autokratif.

Najib berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi di KLCC jelas menunjukkan mereka hanyalah menimbulkan satu gambaran yang buruk kepada negara ini melalui media antarabangsa. Kumpulan itu sebenarnya boleh menyerahkan apa jua memorandum kepada beliau atau pemimpin-pemimpin lain di Putrajaya.

"Mengapa perlu buat demonstrasi dan kenapa buat demonstrasi di KLCC pulak,"

Selak-selak